“Khair antara kita dah tak ada apa-apa.” – Auni
Setahun lalu dia terpaksa merelakan kekasih hatinya mendirikan rumah tangga dengan pilihan keluarga. Lima tahun bercinta akhirnya putus kerana tidak direstui keluarga. Auni terpaksa belajar melupakan. Bekerja di tempat baru dan suasana baru membuat dia tenang.
Namun ketenangannya bergolak selepas pertemuan kembali dengan Khair. Hatinya tidak tenteram setelah mengetahui Khair tidak pernah bahagia dengan sang isteri. Malah lelaki itu mengaku tidak pernah menyentuh sang isteri. Demi cinta yang masih segar buat bekas kekasih, Auni menerima kembali Khair sekali gus sanggup menyandang gelaran orang ketiga.
“Kami menunggu hari saja untuk menimang cahaya mata sulung kami. Kalau ikut due lagi dua minggu. Saya mintak tolong dekat Cik Auni agar tinggalkan dia. Jangan jadi orang ketiga dalam rumah tangga kami.” – Nadia.
Silapnya kerana mempercayai Khair membabi buta. Demi mengelak tuduhan penyondol, Auni memperkenalkan Haziq, abang kawan baiknya sebagai bakal suami kepada Nadia serta Khair. Fikirnya semua itu akan membuat masalahnya selesai. Namun timbul masalah baru pula.
“Kita kena kahwin ke?” – Auni
“Rasanya, kita kena kahwin betul-betul.” – Haziq
Kerana satu insiden Auni dan Haziq terpaksa bersatu dalam ikatan perkahwinan. Auni belajar menerima kehadiran suaminya. Namun kemunculan Hanis, bekas tunang suaminya membuat Auni resah. Sekali lagi dia menjadi orang ketiga. Walaupun Haziq sudah bergelar suami, dia tahu cinta suaminya masih menjadi milik orang lain.
‘Auni tak nak abang jadi macam Khair. Hidup dalam pembohongan. Berpura-pura mencintai isteri sedangkan hati masih mencintai orang lain. Auni tak mahu jadi orang yang ketiga. Baik dalam rumah tangga Khair atau dalam kisah percintaan abang dengan Kak Hanis.’
Adakah Auni akan mempertahankan rumah tangganya? Atau tinggalkan Haziq kerana tidak mahu menjadi insan ketiga? Siapa pilihan Haziq?
Buy Now